Saturday, November 7, 2009

Budak U Xleh Tipu Professor

Ada 4 orang sahabat. Mereka duduk satu rumah dan belajar di pusat pengajian tinggi yang sama. Nak dijadikan cerita, mereka ni unaware hari khamis tu satu test, kira last minute lah baru tahu (biasa lah,student ni kadang-kadang, ponteng, lepas tu tak nak tanya kawan-kawan).
So, mereka berfikir la, macam mana nak elakkan daripada mengambil ujian pada hari tu.nak kelentong professor lah ni.
Ada sorang tu, cadangkan rumah terbakarlah, tapi ada yang bantah. macam tak logik sangat, banyak lak soal jawab nanti dengan professor.
Last2, dapat idea yang mereka fikir sangat bagus. Salah sorang tu telefon lah si professor tu. Cakap sebiji tayar kereta mereka pecah. Sekarang mereka kat highway, tak sempat nak sampai on time (kira jauh lah ni). Professor pun setuju lah menangguhkan ujian ke hari isnin depan. lega.
Mereka fikir, sempat lah nak study kejap.
Hari Isnin pun sampai. Ujian tu professor buat kat bilik dia. Yela,4 orang je. Senang nak monitor kalau2 ada lah yang nak meniru2 ke, bincang jawapan ke. Ujian pun bermula.

Ada 2 soalan je.

Soalan pertama, 1 markah.
wah, sikit saja.
Professor tanya apa nama subjek ujian yang mereka tengah ambik ni.OK. senang la kan.

Soalan 2, 99 markah. Ha, ambik kau. terkejut.
Cuba teka apa soalan yang professor itu bagi?

Soalan ke 2 : tayar kereta belah mana yang pecah?

Macam mana nak jawab? Jawapan tak boleh bincang. Kalau sorang jawab depan kiri, sorang jawab depan kanan, yela, ada 4 kemungkinan kan, professor boleh detect lah mereka menipu...... hehehe..

p/s:tu lah, lain kali jangan tipu professor. dorg lagi bijak dari hang pa...

1 comments:

Sofia said...

hehehe..

bijak2...

kisah benar ke nora?