Tuesday, August 25, 2009

bibir kering


Adakah anda menghadapi masalah bibir kering dan pecah-pecah? Jika ya, pasti masalah ini memeningkan kepala. Iyelah, kulit bibir yang sering mengelupas boleh mencacatkan penampilan. Apabila mengenakan gincu, bibir nampak menggerutu pula, lagi tension dibuatnya! Baru berangan hendak tampil seksi dengan warna gincu yang menawan, penampilan sudah tercela.

Selain tidak sedap dipandang, bibir yang mengelupas juga mudah terluka. Jika tidak diatasi dengan segera, keadaan bibir akan semakin parah dan boleh menyebabkan jangkitan kuman. Kalau sudah jadi begini, lupakan saja niat untuk mengenakan gincu bibir.

Hendak tahu apa yang menyebabkan masalah ini? Antara faktor penyebab kepada masalah ini ialah kebiasaan merokok, menjilat bibir, udara yang sejuk, dehidrasi, kekurangan vitamin, penggunakan kosmetik dan terkena sinaran matahari yang terik.

Bagaimanapun, penyebab utama kekeringan pada bibir adalah udara dingin dan kurang kelembapan. Kebiasaan menjilat bibir juga merupakan penyebab bibir kering dan pecah-pecah. Mulai hari ini jangan sesekali menjilat bibir sekiranya bibir terasa kering. Ini kerana air liur yang mengandungi saliva boleh mengurangkan tahap kelembapan bibir.

Jadi, bagaimana cara yang betul untuk mengatasi masalah ini? Tips berikut pasti membantu.

1) Hentikan kebiasaan menarik kulit-kulit bibir yang mengelupas. Selain daripada menyakitkan, perbuatan ini juga akan menyebabkan bibir mudah terkena jangkitan. Ini adalah peraturan asas yang mesti dipatuhi untuk mendapatkan bibir yang cantik menawan.
2) Langkah pertama untuk merawat bibir, gunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam dan secara perlahan-lahan usap bibir yang mengelupas. Singkirkan kulit-kulit kering yang sudah mengelupas sahaja.
3) Ambil putik kapas dan oleskan krim bibir yang mengandung hydrocortisone untuk menyembuhkan luka pada bibir.
4) Untuk pagi dan siang hari, jangan lupa oleskan jeli petroleum untuk memastikan tahap kelembapan bibir terjaga.
5) Apabila ingin mengunakan bahan-bahan semulajadi, cuba sapukan madu pada bibir sebelum tidur pada setiap malam.

Apabila bibir sudah pulih, teruskan dengan langkah berikut supaya masalah bibir kering dan pecah-pecah tidak kembali berulang.

• Buang gincu bibir, lip balm atau lain-lain produk yang digunakan untuk bibir jika ia sudah berusia lebih dari satu tahun setengah. Ini kerana produk yang sudah tamat tempoh boleh menyebabkan bibir tercedera.
• Selalu jaga kebersihan ketika membersihkan gincu bibir. Oleh itu, gunakanlah pembersih khusus untuk membersihkan solekan bibir. Jangan sesekali menggunakan tisu yang kasar dan kering!

0 comments: